Return

Monday 17 October 2016

#throwback 1999

Assalamualikum...

Hai uolls... How are u doing today?? Good? Okayy.... Hari ni Mia nk share something utk pengetahuan kita smua... Ok.. Mia nk tnya..sape kat sini yg dh pndai membaca masa tahun 1999??? Cer angkat tangan sikit.... Hahahha...Okay... For those yg xpandai membaca lg pada thun tu...(which is Mia pon xpandai sgt membaca wktu tu...baru msok tadika laa katakan..hahhaha)... sbnrnya fenomena bencana yg negara kita tngah hadapi skrg... tengah ye..bkn tepi ke atas ke bawah ke ehh... Sebenarnya pernah berlaku masa tahun 1999 dulu...which is Fenomena Air Pasang Besar.  Fenomena ni berlaku apabila matahari + bulan + bumi berada di dalam satu garisan yg selari....Daya tarikan graviti bulan akan menarik atau menyebabkan air laut meningkat dari paras biasa.... X percaya?? Ok..jap ehh... Pandang bawah jap...



 
Haaaaa....percaya x skrg??? Okay....So.. apa yg bleh Mia kaitkan kat sini... semakin rapat bulan tu menghampiri bumi...semakin tinggi atau semakin meningkat kadar kenaikan air laut atau air pasang...


Haaaaaaaa...percaya x??? Xpercaya lg??? Okayy...kat bawah ni ada petikan drpd Utusan Online yg bleh bg uolls views dari segi ilmu sains.....

Pandang Bawah Lagi...

Baca Ni...
 -
  -
-
-

ARKIB : 25/12/1999

Bulan hampiri bumi punca air pasang besar

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kedudukan bulan yang terlalu hampir dengan bumi adalah faktor yang menyebabkan berlaku air pasang besar yang dianggap terburuk melanda beberapa buah negeri, semalam.

Menurut ahli falak syarie, Abdul Ghani Salleh, fenomena itu mewujudkan daya tarikan graviti bulan yang kuat daripada biasa sehingga menyebabkan air laut naik mendadak melebihi paras biasa.

Menurut beliau, berdasarkan anggarannya, bulan ketika itu berada pada jarak 356,334 kilometer dari bumi iaitu jarak yang paling dekat dalam perkiraannya berbanding kedudukan terjauhnya 406,610 kilometer.

Keadaan air pasang itu menjadi lebih buruk terutamanya di sekitar perairan pantai timur Semenanjung Malaysia apabila ia bertembung dengan musim tengkujuh yang menyebabkan berlakunya limpahan air diiringi ombak besar.

''Biasanya bulan purnama penuh berlaku pada 14 hingga 16 hari bulan Hijrah dan pada penghujung bulan antara 29 hingga 1 hari bulan berikutnya.

''Ketinggian air pasang besar pula bergantung kepada jarak antara bulan dan bumi yang mempengaruhi daya tarikan graviti bulan terhadap air laut,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, petang ini.

Utusan hari ini melaporkan fenomena bulan mengambang paling besar yang berlaku dalam tempoh 100 tahun menyebabkan beberapa kawasan pantai di Johor, Kelantan dan Terengganu dilanda air pasang terburuk dan hakisan teruk akibat ombak ganas.

Paras air laut di Selat Tebrau misalnya mencatatkan paras tertinggi 3.7 meter yang menyebabkan daerah Pontian, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru ditenggelami air masin sedalam 0.3 meter.

Sementara itu, di Pantai Sabak, Kota Bharu dan Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, kawasan ini dilanda angin kencang dan ombak besar menyebabkan kediaman penduduk berhampiran pantai musnah.

Kejadian bulan mengambang malam semalam juga dikatakan yang paling terang dalam tempoh 130 tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani menambah, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Katanya, bentuk muka bumi bawah laut turut mempengaruhi gelombang yang melanda kawasan pesisiran pantai di Pantai Timur.
Pada masa yang sama pula, jelas beliau, musim tengkujuh memburukkan keadaan berikutan kejadian angin kencang dan hujan lebat. ''Kejadian itu mungkin boleh berulang lagi sebab sekarang masih 16 hari bulan (Ramadan) selain daripada faktor kedudukan bulan dan jaraknya dengan bumi sekarang ini,'' ujar beliau lagi.

Di Kota Bharu, Pensyarah Geografi dan Pengurusan Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Jamaluddin Jahi berpendapat, kejadian air laut pasang semalam disebabkan oleh pancaran cahaya matahari yang jatuh tepat pada permukaan bulan tanpa dilindungi oleh bumi. Berdasarkan pengamatan, menurut beliau, keadaan itu wujud ekoran bulan, matahari dan bumi berada pada satu barisan yang sama. Katanya, hal ini mengakibatkan tarikan graviti bulan dan matahari lebih kuat menarik permukaan air laut untuk mewujudkan air pasang yang lebih tinggi. Beliau juga bersependapat dengan Abdul Ghani bahawa fenomena sebegini kerap berlaku sekali dalam tempoh 18 tahun setengah dan fenomena bulan mengambang bukanlah merupakan suatu keganjilan. ''Cuma apa yang berlaku sekarang terdapat kelainan di mana wujud angin kencang manakala ombak pula lebih besar melanda pantai seperti yang berlaku di beberapa negeri,'' katanya.

Jamaluddin menerangkan, dalam kes biasa, fenomena bulan mengambang berlaku pada setiap pertengahan bulan mengikut perkiraan hijrah iaitu 14, 15 dan 16 haribulan setiap bulan. Menurut beliau, ia berlaku pada bulan hijrah Islam dan kalendar Cina kerana kalendar hijrah dibuat berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi. Ditanya apa kaitan ombak besar dengan fenomena bulan mengambang seperti yang berlaku semalam, beliau berkata, ia sememangnya mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

Katanya, gejala bulan mengambang yang besar berlaku sehari dua lalu akibat kedudukan bulan, bumi dan matahari yang mungkin terdapat pada kedudukan 90 darjah atau berada pada kedudukan yang sebaris. Katanya, dalam erti kata lain bulan, matahari dan bumi terdapat pada barisan yang sama.
''Bila ini berlaku, tarikan graviti bulan dan matahari lebih kuat menarik permukaan air laut untuk mewujudkan air pasang yang lebih tinggi,'' katanya.
Jamaluddin memberitahu dalam keadaan sedemikian, dengan wujudnya angin kencang, ombak akan lebih besar dan kejadian inilah yang melanda di beberapa kawasan di Johor dan Kelantan sekarang.
Ditanya sampai bila keadaan itu akan berterusan, beliau berkata, angin kencang dan ombak besar akan reda dan seterusnya berhenti apabila fenomena bulan mengambang tidak ada.
Katanya, jangka masa kewujudannya fenomena ini hanya beberapa hari dan paling lama empat atau lima hari sahaja. ''Terang atau tidaknya bulan pada penglihatan kita adalah bergantung kepada abuk yang terapai di udara dan juga kelembapan,'' katanya. 


cc: LUQMAN HAKIM ABDULLAH dan WAN RAMLI WAN MUHAMAD


 Okayyy....Dh percaya skrg?? Oraitt... Mmg laa kebanyakan org akan cakap... "Kuasa Allah...".. Well..mmg betul ni smua kuasa Allah... Dari situlah dtgnya SCIENCE... utk mengkaji dari mna dtgnya punca?? Mcm mna dia berlaku?? So...terjawablah sudah... 

Haaa...lg satu...kurangkan laaa penggunaan brg2 yg menghasilkan 'CFC's...sbb apa??? Haa..ni nk ckp sikitlaa kan... Bumi kita ni semakin hari semakin panas... sbb apa??? Sbb lapisan ozon kita dh makin menipis.. Jadi...bila lapisan ozon dh menipis..then...Bumi mnjadi semakin panas...maka terjadi lah satu lg fenomena di mana ais-ais yg selama ni kita dok tengok dlm TV..yg tebal2 mengalahkan dinding2 shopping complex ni....ais2 ni dh start mencair guys....haaaa...ingat hati je ke bleh cair dgn pickup line...ais yg tebal tu pon dh start cair tau x... Haaa..maka...pencairan ais2 di kutub2 yg ada ni akan menyebabkan kadar air laut semakin meningkat...haaaaa...org selalu tnya kan..."Mana mai air-air yg banyak ni?".....haaa....tu la salah satu punca dia..jd..skrg uolls dh tau kan...so...kurang2 kan laaa... Jadi...kita ni bila jd pengguna atau pembeli..mestilah bijak kan??? Betul x?? Jadi...belilah produk2 yg eco-friendly...haaaaa..gitewwww....  

Okay lahh...Mia dh ngantuk ni... Dok excited bercerita ngn uolls smpai xsedar..skrg dh pkol 2.30 pagi..hahahahaha...patutlah ngntuk dia rare lain mcm...hahahahaha...okay.... That's all for now... Bubye.. & Assalamualaikum... Goodnight... Muaahhchikedd.... Ta-Ta-Ta-Ta....


XOXO.

Lots of Love, Mia

No comments:

Post a Comment

Frenz with Mia